Monday, 22 April 2013

Perkahwinan Itu Ibadah



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih ada peluang untuk menaip post pada hari ini.  Kali ini sy ingin kongsikan satu tajuk yg semua orang impikan iaitu perkahwinan. Sebut perkahwinan mesti indah ja kita bayangkan kan?? :) Memang, siapa yg tidak mahu kawen kan kan kan... (^_^) 

......Sebelum kahwin, kita hidup sendiri, bukan maksudnya tiada sesiapa tapi lepas kahwin, seperti melengkapkan hidup kita, semua makhluk Allah diciptakan berpasang-pasangan, berteman. Itulah namanya teman hidup.  Bagi yg telah bertemu teman hidup, jagalah baik-baik hubungan anda dengan Allah, dan berusahalah menjaga hubungan kamu juga.  Kenapa sy tidak cakap jaga baik-baik hubungan sesama kamu terlebih dahulu, dan kenapa hubungan dengan Allah lebih penting?? 

.....Sebab... Allah lah yg jodohkan kamu, temukan kamu, satukan kamu, berikan kasih sayang di hati kamu, beri nikmat cinta yg terlalu indah... Siapa yg beri semua tu? Dan siapa yg berkuasa menghilangkan cinta itu, memisahkan kamu? Allah... Bersyukur dan jagalah hubungan kamu dengan Allah, in shaa Allah, Allah akan jaga kamu dan hubungan kamu dengan kasih-sayangnya.

Sy selitkan hadith sekali ya untuk rujukan kita sama-sama:-

==> Sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:

“Bahawa dua rekaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rekaat solat orang bujang”.

.........Dengan kata lain, beristeri itu mendapat ganjaran dan pahala yang berlipat ganda berbanding dengan ibadah seorang bujang. Hikmahnya jelas sekali, ketika melakukan ibadah seorang yang sudah beristeri adalah lebih mantap dan tenang serta lebih khusuk. Atas asas inilah maka ibadah orang beristeri itu lebih baik dan lebih rewarding.

Dunia perkahwinan adalah dunia tanggungjawab dan iltizam yang berterusan, dari sebelum mendapat anak kepada sampai mendapat cucu-cicit. Di mana setiap pasangan diwajibkan menunaikan tugas masing-masing sehingga melahirkan rumahtangga yang aman damai dan bahagia.

Wanita memainkan tanggunjawab yg amat penting untuk mendapat Syurga Allah, dalam perkahwinan, adalah sangat mudah wanita mendapat Syurga Allah dengan mengikuti semua perintah agama dan suami.


==> Lagi sebuah hadith lain Baginda Rasulallah bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga yang disukainya.”


==> Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik; perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Sebaliknya, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat: perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat pula.”


==> Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.”

Di sini sy ada memetik satu ayat atau dengan kata lain, copy dr seorang blogger. hihii :- 

>> Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.


>> Berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.


>> Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?


>> Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.









No comments:

Post a Comment

Kalau suka cakap suka, kalau tidak suka cakap tidak suka, boleh diri ini perbaiki.. hihihi :) Terima kasih