Wednesday, 17 April 2013

Love Is Giving Not Ask - Cinta itu Memberi Bukan Meminta


Assalamualaikum,

Cinta memang sukar difahami, kadang kita akan melihat cinta itu adalah keadaan di mana kita mencintai, menyayangi seseorang, menginginkan seseorang agar sentiasa bersama kita, mencari perhatiannya, kasih-sayangnya dan penghargaannya. 
Betul, kita semua memerlukan semua perasaan itu, tapi yang lebih indah ungkapan cinta itu apabila hati kita hanya ingin seseorang itu bahagia sama ada bersama kita atau pun tidak, dekat atau jauh, cinta itu sentiasa ada, dan akan lebih indah lagi apabila kita menyerahkan cinta kita kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat cinta itu untuk dijaga Allah.  Kerana kita hanya hamba dan tidak akan mampu menjaga cinta itu dengan sempurna melainkan pencipta cinta itu.  
Dengan penyerahan kepada Allah, kita akan berasa tenang dan redha dengan segala apa ketentuan yang akan berlaku yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita yang pastinya memang yang terbaik untuk kita.  Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.

Cinta itu memang indah, nikmat Allah :)


No comments:

Post a Comment

Kalau suka cakap suka, kalau tidak suka cakap tidak suka, boleh diri ini perbaiki.. hihihi :) Terima kasih