Wednesday, 16 May 2012

Ingat . ingat . ingat .


Bila berkata tentang putus cinta, ceritanya takkan pernah habis. Terus terang kes putus cinta ni bukan sesuatu yang mudah, perlu kesabaran, semangat kental dan disiplin. Pertama, nak sembuh dari sakit putus cinta, kena ubah pemikiran.

Majukan diri dengan rajin mencari ilmu dan tekadkan semangat nak menjadi seorang yang lebih baik daripada yang sebelumnya dari segi komunikasi, pergaulan masyarakat, kerjaya dan kewangan. Tinggalkan personaliti dulu lalu “upgrade” kepada personaliti yang lebih professional, ada karisma dan ada sikap optimis dalam menjalani kehidupan.

Limpahkan cinta tu kepada ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik. Kita tak boleh menolak cinta, cuma beri masa kepada diri sendiri untuk sembuh dari luka bercinta. Anda berhak bahagia seperti orang lain juga!

Amat rugi bila sentiasa dalam emosi murung, kecewa, takde semangat dan tak nampak jalan nak mantapkan diri. Orang lain dah maju, kita pula tertinggal di belakang sebab asyik pandang kenangan lama di masa lalu!

Lupakan kenangan yang perit tu (jangan sesekali ingat) sebab ia menarik emosi negatif. Justeru, menarik situasi-situasi negatif, fikiran negatif dan perkara-perkara negatif yang sudah semestinya menghalang kemajuan prestasi . Hijrahkan minda, ubah kepada yang lebih baik.

Kita sukar nak lupakan kenangan lalu sebab kita tak maafkan diri sendiri, tak melupakan kesalahan kita dan sentiasa pula menyesali kesilapan kita yang pernah gagal dalam bercinta. Mulai hari ini, pilih untuk menjadi orang yang ada motivasi, yang pandang ke depan dan yang kuat semangat.

Tekadkan azam untuk jadi cemerlang dalam mencari ilmu, kerjaya dan kewangan!.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka cakap suka, kalau tidak suka cakap tidak suka, boleh diri ini perbaiki.. hihihi :) Terima kasih