Sunday, 27 May 2012

Hadis 1: Sayang-menyayangi

            Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

          Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. 
          Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. 
             Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Sumber: e-Hadith


## Dalam kehidupan seorang hamba yang lemah, kadang2..tertanya-tanya,kenapa perlu ada berubah hati.  Kenapa wujud pepatah "Sedangkan pasir di pantai berubah, inikan pula manusia"? Itu fitrah kehidupan sebenarnya yang telah ditentukan oleh ALLAH atau ujian dan balasan atas kesilapan lalu.  Dan, kita sebagai hamba yang lemah, harus sentiasa beringat, ALLAH telah memberikan apa yang terbaik untuk kita, walaupun kita tidak mampu untuk menerimanya, namun kita ada ALLAH untuk memohon pertolongan atas kesulitan yang kita hadapi.  Kata2 yang perlu kita pegang, "setelah kesulitan pasti ada kemudahan".  Kita berserah dan redha atas apa yang berlaku hari ini, dalam masa yang sama, usahakan perbaiki apa yang tidak baik. InsyaAllah, kemudahan dan kebahagiaan menanti kita di sana dalam sekelip mata. ##


No comments:

Post a Comment

Kalau suka cakap suka, kalau tidak suka cakap tidak suka, boleh diri ini perbaiki.. hihihi :) Terima kasih