Tuesday, 17 April 2012

Perpisahan yang manis


 Assalamualaikum saudaraku...

Kali ni blossom nak share satu lagi kisah cinta yang suci di antara saudara kita.  Sungguh mulia hati yg Allah berikan padanya.  Blossom juga berhadapan dengan kisah cinta tapi tidak sesuci ini, namun tidak dinafikan dalam diri dan hati setiap insan ada satu nikmat yg telah diberikan oleh Allah utk merasai dan fikirkan erti hidup yg sebenarnya.  Hanya utk yg maha kuasa. . . Allah s.w.t.
        Blossom terpisah dgn insan itu kerana Allah s.w.t. mengkehendakinya berlaku.  Memang sukar utk blossom terima, tapi dgn kesabaran kita fikirkan kembali tentang fitrah hidup ini.  InsyaAllah Dia lebih tahu apa yg terbaik utk kita.  Dan seandainya selepas ini kita diberi ujian lagi, kuatkanlah diri dan berserahlah pada Allah s.w.t. sesungguhnya itulah yg manis bagi mu kerana Allah sgt sayang padamu... Subhanallah.
       Ingatlah jodoh itu ketentuan Allah, kalau ada jodoh tak kan ke mana. . . dan kalau tiada jodoh bersamanya, pasti janji Allah itu yg terbaik utk kita. 
Blossom nak share entry blog saudara kita ini: . . . . .
Syaitan akan mudah menyuntik nafsu seseorang melalui situasi-situasi begini.. Apatah lagi, aku seorang wanita yg menjadi fitnah terbesar bagi seorang lelaki.. Berdasarkan hadis Rasulullah, Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Kita memang cintakan dia.. Tapi kita tidak boleh biar rasa cinta tanpa ikatan yang sah ini menyebabkan kita dan dia semakin mengabaikan rasa cinta kepada yg lebih utama, cinta kepada ALLAH...
Jika ditakdirkan aku bercinta lagi dengan seseorang, biarlah ketika itu aku hanya BERCINTA dengan SUAMIKU.. seseorang yang halal bagiku.....

Saudara kata : "Tiada cinta terindah melainkan cinta selepas nikah " ^_^.. betulkan?? memang betul saudara.

Hanya Allah yang tahu perasaan kita.. Bukan mudah melepaskan seseorang yang begitu kita sayang dan cinta.. Tapi, insyaAllah, kita mesti sentiasa yakin dengan ketentuan Allah. Dia Maha Bijak dan sebaik-sebaik perancang...

"Kadangkala Allah tidak berikan sesuatu yang kita mahukan.. Tapi ingatlah, Allah akan sentiasa memberikan sesuatu yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya"

Jadi, tak perlu sedih.. Sekiranya dia merupakan jodohku, bakal imam kepada anak-anakku, insyaAllah, kami akan tetap bersama.. ^_^

Kepada si dia, terima kasih kerana mencintai Allah lebih daripada insan ini. . . . insan ini doakan kebahagiaan  mu dunia dan akhirat. . . Allah telah berikan insan ini kasih sayang dan cinta kepadamu. . . . dan insan ini tidak akan menyesal menyayangi mu. . . .

Dan, insan yang bernama kekasih, terima kasih kerana mengecewakanku di DUNIA agar kita tak kecewa di AKHIRAT sana...


ya ALLAH..
~✿ Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya,
tidak membawa KEBAIKKAN padanya,
maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka..

~✿ Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya..
maka Kau jauhkanlah aku darinya..

~✿ Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA… ^_^

......................................................................................................................................................................................

P/S: Cinta itu urusan hati,dan hati urusan ALLAH SWT..jika dia bukan jodoh kita,pasti ada hikmah yang baik yang telah ALLAH aturkan utk kita dan dia..insyaALLAH..percaya kata janjiNYA...

No comments:

Post a Comment

Kalau suka cakap suka, kalau tidak suka cakap tidak suka, boleh diri ini perbaiki.. hihihi :) Terima kasih