Monday, 16 April 2012

Lelaki jangan lukakan hati perempuan

Assalamualaikum saudaraku

Blossom masih dalam kesedihan dan masih mencari kekuatan yang hakiki.  Semoga dipermudahkan semuanya ya Allah.  Blossom terfikir, soal lelaki dan perempuan di dunia ini, blossom perlu mencari apa yang tersirat dalam hidup ini.  Lelaki, mempunyai tanggungjawab yang besar kepada perempuan dan begitu juga perempuan terhadap lelaki.  Allah telah menjadikan Adam dan Hawa untuk saling melengkapi dan berkasih-sayang kerana Allah mengkehendaki.  Setiap insan tidak pernah lari dari buat salah dan dosa.  Siapa yang sempurna di dunia ini?? Blossom dan kita sebagai hamba Allah hanya hidup di dunia ini kerana Allah.. Apa yang blossom nak share ini berkaitan lelaki yang melukakan hati wanita..ada hadis yang jelas mengatakan..ingatlah wahai lelaki.......
(Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)..)

4 comments:

  1. perempuan juga jangan lukakan hati lelaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, must give and take.. but in love do not ask unless giving.. Cinta itu memberi bukan meminta.. kalau org x ingin lg memberi, tiada alasan lg perlu mengharapnya.. pasti ada insan yg akan memberi itu... :)

      Delete

Kalau suka cakap suka, kalau tidak suka cakap tidak suka, boleh diri ini perbaiki.. hihihi :) Terima kasih