Wednesday, 25 April 2012

Hati Sakit Dada Sesak



سلام
صباح الخير. . . .

Sekali lagi dalam hidupku
Tiada cinta dalam kehidupan ini 
Semuanya cuma mimpi
Hati ini tiada erti lagi untuk cinta
Sayang cuma perkataan yang diucap
Tiada makna dalam cinta
Hati cuma untuk merasa bahagia dan derita
yang bahagia cuma sementara
Yang derita tetap menanti
Manisnya yang dilalui bersama
Manisnya ucapan yang membuat senyuman 
Akan jadi racun yang membunuh hati
Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan luka ini
Berakhir satu episod bahagia seorang wanita
Impian dan harapan tiada lagi
Hidup yang ditemani luka dan sepi
Hati yang sakit. . . . . . 

No comments:

Post a Comment

Kalau suka cakap suka, kalau tidak suka cakap tidak suka, boleh diri ini perbaiki.. hihihi :) Terima kasih